Tuesday 26 May 2009

ADUN PAKATAN RAKYAT DITANGKAP







Pasukan Polis dab FRU cuba menggagalkan pelancaran Puasa Sunat & Mogok Lapar di perkarangan Kedai Kopi berhampiran pejabat DAP.
Polis dan Penguatkuasa Majlis Bandararaya Ipoh cuba merobohkan khemah yang didirikan, pagi tadi lima orang petugas PR yang sedang menyiapkan peralatan PA. System telah ditangkap oleh pihak polis.
Dato' Seri Hj Nizar yang mahu bersalaman dengan orang ramai dan juga bersalaman dengan pegawai-pegawai polis dan FRU cuba dihalang oleh pihak polis. Akhirnya pelancaran diadakan dibangunan DAP.
Tindakan tidak berdemokrasi pihak polis tidak melemahkan semangat PR, pelancaran tetap diteruskan dengan ucapan-ucapan penuh bertenaga dari pimpinan PR termasuk ucapan Dato' Seri Hj Nizar.
Dalam pelancaran tersebut seorang individu bukan politik Ir Koon Yew Yinn telah menyumbang sebanyak dua ratus ribu kepada PR Perak.
Beliau mewakili rakyat yang tidak terlibat dengan aktiviti kepartian tetapi bersimpati dengan perjuangan PR yang menuntut keadilan untuk rakyat.
Selepas pelancaran beberapa ADUN dan seorang ahli Parlimen telah ditahan polis, beberapa petugas PR juga turut ditangkap.
Mereka ditahan dalam perjalanan menuju ke tempat parking kereta masing-masing. ADUN yang ditangkap ialah YB Sivakumar (Speaker), YB Keshvinder Singh, YB Lim Pek Her dan YB Kulasegaran.
Mereka ditahan di IPD, Ipoh.Orang ramai yang menyaksikan peristiwa itu mengeluh, masing-masing mengecam pihak polis, "berkumpul cara aman tidak boleh, pakai baju hitam tidak boleh, demontrasi tidak boleh, makan minum dikedai kopi tidak boleh, sekarang tidak mahu makan seharian pun tidak boleh," kedengaran keluhan orang ramai yang tidak puas hati di atas tindakan pihak polis yang mengganggu pelancaran puasa sunat dan mogok lapar oleh PR.

No comments:

Post a Comment