Friday, 29 May 2009

Wednesday, 27 May 2009

PROGRAM HIMPUNAN AMAN RAKYAT PERAK







Himpunana Kempen Bubarkan Dun Perak '' 1 Perak Gelita _ Demokerasi Diutamakan ,Pilihanraya Sekarang .

Himpunan Aman Rakyat Di Seluruh Negeri Perak Akan Diadakan :

Tarikh : 1 Jun 2009 ( ISNIN)

Masa : 6.00 Ptg Hingga 10.00 mlm

Tempat : Markas Parti / pusat khidmat dun


Tentatif program himpunana aman rakyat perak

6.00 petang ucapan adun atau penyelia dun
ucapan pimpinan PAS /PKR /DAP

7.15 petang Majlis berbuka puasa
solat magrib
bacaan yasin

830 mlm solat isyak
solat hajat

ceramah oleh pimpinan tempatan parti dari kawasan /bahagian

PRK Manek Urai : SPR umum tarikh penamaan dan undi.


Sebentar tadi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon untuk DUN Manek Urai pada 6 Julai dan pengundian pula pada 14 Julai.

BN juga puasa sunat esok ?


Kerajaan BN Perak telah mengesyorkan Pegawai-pegawai Awam dalam negeri ini untuk sama-sama berpuasa sunat seperti yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dan satu majlis berbuka puasa juga akan dibuat di kediaman Dr. Zamby petang esok.Saya mengalu-alukan semua pegawai kerajaan menyahut seruan itu dan marilah kita gunakan peluang setelah berbuka puasa dan solat maghrib esok dengan memohon dari Allah supaya hajat kita "bubarkan DUN" dimakbulkan oleh Allah SWT.

Tuesday, 26 May 2009

4 Calon UMNO Rebut Tempat di Dun Manek Urai

KUALA KRAI, Biar pun tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai belum ditetapkan, namun suasana 'panas' mulai melanda Umno.
Usaha-usaha melobi untuk menjadi calon sudah mulai kelihatan secara jelas sekarang.
Malah, ada di antara mereka yang sudah bergerak keluar masuk kampung sejak mendengar berita Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaakub jatuh sakit.
Dan pergerakan mereka menjadi semakin rancak selepas kematian Paksu Mail pada Jumaat lepas.
Penduduk memberitahu bekas Adun Manek Urai, Zulkifli Omar sudah bergerak di banyak tempat menemui orang ramai. Tempat menjadi pilihannya di kedai-kedai kopi.
Sabtu lalu perjumpaan diadakan di Kampung Budi.
Selain itu, Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Mamat juga disebut-sebut bakal dicalonkan memandangkan beliau orang tempatan yang tinggal di Kampung Manek Urai Lama.
Beliau dikatakan mempunyai peluang lebih cerah berbanding Zulkifli yang kini tidak mempunyai sebarang jawatan di Bahagian Umno Kuala Krai.
Selepas gagal memenangi jawatan Naib Ketua bahagian tersebut pada mesyuarat agung Umno tahun lepas, Zulkifli tidak dilantik memegang sebarang jawatan, biar pun beliau bekas Ketua Pemuda Umno.
Menurut sumber peluang Rohani lebih terbuka memandangkan adiknya, Hanafi Mamat baru dilantik sebagai Bendahari Perhubungan Umno Kelantan.
"Seorang lagi yang disebut-sebut iaitu Ketua Umno Bahagian Kuala Krai, Dato' Ramzi Abdul Rahman.
"Beliau sudah beberapa kali datang ke Manek Urai termasuk membawa Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed ke rumah Paksu Mail kelmarin," katanya di sini.
Selain itu, Naib Ketua Umno bahagian, Abdul Jalal Che Muda juga turut disenaraikan.
Kehadiran Rohani tentunya menggugat gerak kerja sudah dilakukan Zulkifli yang mana sebelum ini berpotensi untuk dicalonkan semula.
Sementara itu, PAS kini sudah menggerakkan jentera pilihan raya, di mana bilik gerakan Majlis Tindakan Dun (MTD) Manek Urai sudah beroperasi sepenuhnya.
Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, mesyuarat MTD Manek Urai diadakan malam kelmarin di Kampung Manek Urai lama yang dihadiri semua jawatankuasa dan petugas.
"Jentera-jentera di peringkat peti undi juga sudah diarahkan mengadakan mesyuarat bagi menyusun gerak kerja," katanya yang mengetuai jentera pilihan raya tersebut.
Menurutnya juga penyokong di peringkat akar umbi tidak sabar-sabar lagi membuka pos-pos di kampung masing-masing.
Kata beliau setiap hari ada yang datang menanyakan bila pos boleh dibuka untuk menghadapi pilihan raya kecil tersebut tidak lama lagi.
Dun Manek Urai mempunyai sembilan daerah mengundi iaitu Temalir, Sungai Perial, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh.
Pada pilihan raya lepas PAS menang dengan majoriti 1,352 undi dan pilihan raya sebelum itu BN mengatasi PAS dengan majoriti tipis sebanyak 53 undi.

Mufti Perak dicabar letak jawatan, bertanding pilihan raya




IPOH, 27 Mei : - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNP) melahirkan rasa sedih dan kesal di atas kenyataan Mutfi Negeri Perak, Dato' Seri Dr Harussani Zakaria, di dalam temubual beliau di dalam majalah Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82 yang cuba membangkitkan api perkauman di negeri ini.

Dalam temubual tersebut, Dato' Seri Mufti Perak jelas cuba membangkitkan api perkauman di antara kaum di Perak bahkan di Malaysia amnya. Rata-rata kenyataannya bersifat ?racist? dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan non-muslim.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr. Rahja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataan medianya semalam.

Pemuda PAS Negeri Perak katanya, mempertegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia telah jelas menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan, begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama di negara tercinta ini.Sehubungan itu Pemuda PAS Perak kesal dengan tindak-tanduk Dato' Seri Mufti yang kelihatan selesa menjadi boneka dan talian hayat Umno Perak sering mengeluarkan kenyataan yang memihak Umno/BN.

"Sifat kepura-puraan Dato' Seri Mufti Perak sangat dangkal dan menyedihkan rakyat dan umat Islam Perak dan Malaysia amnya."Pemuda PAS Perak mencabar Dato' Seri Mufti Perak untuk meletakkan jawatannya dan secara 'gentlemen ilmu' bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya di Perak mewakili Umno/BN jika benar-benar mahu melihat Islam tertegak di Perak."Hentikan kenyataan-kenyataan berlapik yang membela Umno/BN,"

Debat politik wang di TV9, Zahid Hamidi tarik diri




Mengejutkan. Beberapa jam lagi menjelang perdebatan di antara dua tokoh Umno dan PAS, tiba-tiba Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik diri.

Sepatutnya jam 9.30 malam ini berlangsung perdebatan tokoh berkenaan dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada program Hujah yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof di TV9.
Mereka bakal memperkatakan isu politik wang.
Namun petang ini pihak TV9 memaklumkan Zahid menarik diri daripada menyertai program tersebut. Sedangkan jutaan rakyat sudah beberapa hari menunggu bagi mengikut program suka ramai itu.
Husam berkata, pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Menteri Pertahanan terbabit membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu.
"Saya merasakan tajuk yang akan dibincangkan mengenai politik wang amat mustahak dan relevan dalam situasi sekarang.
"Dan rakyat keseluruhannya amat ternanti-nanti untuk mendengar buah fikiran Dato' Seri dan juga dari saya selaku wakil dari PAS untuk menangani permasalahan politik wang," katanya dalam surat yang dihantar kepada Zahid di Kementerian Pertahanan, hari ini.
Menurutnya beliau memandang berat keputusan dibuat Zahid membatalkan kehadiran dalam rancangan Hujah malam ini.
"Saya memohon agar Dato' Seri dapat mempertimbangkan keputusan tersebut supaya saya dan Dato' Seri dapat sama-sama mengupas dan berbincang mengenai politik wang," ujarnya.
Oleh itu beliau memberi tempoh sehingga jam 7.30 malam ini untuk mengesahkan kehadiran dan ikut serta dalam rancangan tersebut.
Salinan surat tersebut juga dihantar kepada Penerbit Eksekutif Rancangan Hujah TV9,

ADUN PAKATAN RAKYAT DITANGKAP







Pasukan Polis dab FRU cuba menggagalkan pelancaran Puasa Sunat & Mogok Lapar di perkarangan Kedai Kopi berhampiran pejabat DAP.
Polis dan Penguatkuasa Majlis Bandararaya Ipoh cuba merobohkan khemah yang didirikan, pagi tadi lima orang petugas PR yang sedang menyiapkan peralatan PA. System telah ditangkap oleh pihak polis.
Dato' Seri Hj Nizar yang mahu bersalaman dengan orang ramai dan juga bersalaman dengan pegawai-pegawai polis dan FRU cuba dihalang oleh pihak polis. Akhirnya pelancaran diadakan dibangunan DAP.
Tindakan tidak berdemokrasi pihak polis tidak melemahkan semangat PR, pelancaran tetap diteruskan dengan ucapan-ucapan penuh bertenaga dari pimpinan PR termasuk ucapan Dato' Seri Hj Nizar.
Dalam pelancaran tersebut seorang individu bukan politik Ir Koon Yew Yinn telah menyumbang sebanyak dua ratus ribu kepada PR Perak.
Beliau mewakili rakyat yang tidak terlibat dengan aktiviti kepartian tetapi bersimpati dengan perjuangan PR yang menuntut keadilan untuk rakyat.
Selepas pelancaran beberapa ADUN dan seorang ahli Parlimen telah ditahan polis, beberapa petugas PR juga turut ditangkap.
Mereka ditahan dalam perjalanan menuju ke tempat parking kereta masing-masing. ADUN yang ditangkap ialah YB Sivakumar (Speaker), YB Keshvinder Singh, YB Lim Pek Her dan YB Kulasegaran.
Mereka ditahan di IPD, Ipoh.Orang ramai yang menyaksikan peristiwa itu mengeluh, masing-masing mengecam pihak polis, "berkumpul cara aman tidak boleh, pakai baju hitam tidak boleh, demontrasi tidak boleh, makan minum dikedai kopi tidak boleh, sekarang tidak mahu makan seharian pun tidak boleh," kedengaran keluhan orang ramai yang tidak puas hati di atas tindakan pihak polis yang mengganggu pelancaran puasa sunat dan mogok lapar oleh PR.

KETUA KETUA KAMPUNG FAILKAN SAMAN KEATAS KERAJAAN ZAMBRY











Hari ini jam 11.00 pagi Ketua-ketua Kampung Kerajaan Pakatan Rakyat akan failkan saman ke atas Kerajaan Zambry BN di atas pemecatan mereka sebagai Ketua Kampung dan pembubaran JKKK yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Tindakan Zambry yang memecat Ketua Kampung dan membubarkan JKKK dianggap tidak sah disebabkan tempoh perkhidmatan mereka belum tamat lagi.

Perlantikan Ketua Kampung adalah dipilih melalui pungutan suara, watikah perlantikan pula telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri PR pada bulan Ogos 2008, manakala perkhidmatan mereka sepatutnya tamat pada Ogos 2010.

Kerajaan BN telah bertindak keterlaluan dengan memecat semua Ketua-ketua Kampung dan membubarkan JKKK sedangkan tempoh perkhidmatan mereka belum tamat.

Berbeza dengan Kerajaan PR yang tidak memecat seorang pun Ketua-ketua Kampung lantikan BN, malahan mereka dipelawa untuk terus berkhidmat sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat, sebaliknya mereka sendiri yang meletakkan jawatan beramai-ramai.

Zambrylah MB Mahkamah .










Melihat kepada kenyataan Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengatakan DS. Nizar adalah MB Mahkamah oleh kerana proses mahkamah itu dimulakan oleh Mohammad Nizar, sewajarnya gelaran itu diberikan kepada bekas menteri besar Perak itu dan bukan dirinya kata Zambry.

Namun begitu saya suka membetulkan apa yang dikatakan Zambry kerana sebenarnya umumnya mengetahui bahawa dalam persoalan siapakah yang sebenarnya menjadi Menteri Besar di sesebuah negeri dalam sistem demokrasi dalam negara kita adalah ditentukan oleh majoriti undi yang diperolehi.Menjawab persoalan ini, pilihan raya ke 12 pada 3 Mac 2008 memihak kepada gabungan Pakatan Rakyat yang mendapat 54 % undi dengan jumlah kerusi sejumlah 31.

namun begitu pada 5 Februari 2009 Zambry telah "mencuri" 3 orang wakil rakyat dari PR. Saya tegaskan yang dicuri cuma ADUN tetapi pengundi mereka tidak dapat dicuri malah mereka membantah tindakan ADUN mereka.Benarlah kerana itu 3 ADUN berkenaan takut untuk muncul bertemu rakyat mereka, apa yang ditakutkan kerana mereka ternyata mengkhianati amanah rakyat di dun nya.

Kerana itu saya yakin rakyat pun saya rasakan begitu bahawa Nizarlah "Menteri Besar Rakyat" bukan nya yang dikatakan MB Mahkamah.

Zambrylah Menteri Besar mahkamah, kerana mahkamah telah memutuskan dialah MB Perak.

Tidak percaya Bubar lah DUN Perak, serah lah kuasa kepada rakyat untuk memilih sekali lagi. Lihatlah siapakah yang akan dipilih rakyat, Nizar ataupun Zambry.

Monday, 25 May 2009

Mogok lapar di Perak



Ustaz Ahmad Awang beri penjelasan

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).


Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.


"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.
"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.


Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar.


"Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat.


"Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya.


Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat.


Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.


"Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau.


Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyertai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok.

Sunday, 24 May 2009

kerisis dua presden (PPP)



Harap Harap Kes parti progresif penduduk (PPP) dibawa kemahkamah agar dapat menentukan siapa presiden sebenar ???

Mufti Perak sudah jadi Penasihat UMNO Perak ?






Berikut ini saya dengan sangat berat hati terpaksa menyiarkan kenyataan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Harussani Zakaria yang masih berada di Tanah Suci mengerjakan umrah. Pembaca blog ini boleh menilainya sendiri untuk menjawab benarkah tajuk yang saya letakkan untuk posting ini.


Saya sudah menunggu hampir sebulan supaya dia memberikan ulasan dan fatwa mengenai pengunaan bomoh untuk menjampi dewan undangan negeri Perak sebelum sidang 7 Mei yang lepas.


Tidak pasti apakah sebabnya dia menjadi "bisu" dalam perkara yang sangat memalukan itu.


Namun tidak sampai beberapa jam setelah pengumuman akan diadakan mogok lapar di Wisma DAP kelmarin bila dihubungi melalui talipon dia terus memberikan ulasannya.Walaupun dalam masa tawaf pun nampaknya dia sangat berminat mengeluarkan pendapatnya .


Adakah benar dikatakan bahawa dia adalah Penasihat atau Mufti untuk UMNO Perak sahaja ?Nampaknya UMNO Perak tidak ketandusan calon untuk Pilihanraya akan datang, maka saya cadangkan Harussani adalah salah seorang darinya, di Titi Serong pun tidak apa.


'Kalau menang belah dia tidak apa'IPOH 23 Mei - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr.


Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Beliau berkata, mereka sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.


''Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya ketika dihubungi semasa berada di Mekah, di sini hari ini.Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis depan bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.


Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".Zambry pula semasa diminta mengulas rancangan pembangkang itu berkata, biarlah rakyat menilai sendiri sikap mereka.

MB Rakyat Perak sudah kembalikan kereta Cambry .



Hakim Mahkamah Rayuan mengumumkan Zambry sebagai MB Perak pada jam 3.50 petang

pada 22 Mei yang lepas.Pada jam 7.12 minit malam hari yang sama Pegawai Khas kepada DS. Nizar, Sdr. Amran Harun memaklumkan dia menerima panggilan talipon dari seorang penghantar surat mengenai arahan memulangkan kereta Camry AGS 10.Kereta itu telah dikembalikan dan saya mendapat pengesahan dari Sdr. Amran Harun kelmarin dalam pertemuan semasa Majlis Aqiqah cucu DS. Nizar di Titi Serong kelmarin.

Saturday, 23 May 2009

BN Akan Ditalkinkan


BN akan terkubur apabila sistem kehakiman di disalahguna bagi kepentingan Barisan Nasional

Friday, 22 May 2009

Ceramah Sempena Konvensyen Pas Perak


Status MB: Nizar kemuka rayuan, krisis belum berakhir





PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.Selepas keputusan diumumkan kira-kira pukul 3.50 petang tadi, Sulaiman memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan penghakiman bertulis bagi tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan."Kami menghargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.

Hakim Md Raus berkata, beliau akan mengusahakan perkara itu dalam masa seminggu.Panel tiga hakim itu mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah setelah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat interpretasi yang relevan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Md Raus berkata, Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah membuat keputusan yang betul berhubung pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru berdasarkan Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Selain itu katanya, tiada syarat mandatori dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bahawa undi tidak percaya terhadap Nizar mesti dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri dan ia boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain. Mstar.

TERKINI : Sah 4 penjuru di Penanti.


Sahlah sudah PRK DUN Penanti Pulau Pinang menyaksikan pertandingan 4 penjuru. Demikian seperti yang diumumkan oleh Pengurus Pilihantaya DUN Penanti sebentar tadi.Calon dari PKR, Dr. Mansor Osman berdepan dengan 3 calon bebas .Satu borang dari calon bebas telah ditolak oleh pengurus pilihanraya

Mahkamah Rayuan Tolak Keputusan Mahkamah Tinggi

video

ADUN MANIK URAI MENINGGAL DUNIA


ADUN Manek Urai Kelantan, Haji Ismail Yaacob atau lebih di kenali Paksu Mail, 60 telah kembali kerahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II.Beliau menduduki kerusi DUN Manek Urai,Kelantan selama 5 Penggal

Thursday, 21 May 2009

Laoporan Terkini Mahkamah Putra Jaya



11:40 Cuaca di Putrajaya amat baik dan keadaan amat tenang

11:45 Terdapat beberapa orang wartawan serta pemberita tiba lebih awal untuk membuat persediaan di sekitar makamah rayuan

11:46 Terdapat juga beberapa anggota polis di sekitar makamah


11:47 Keadaan amatlah tenang dan sunyi

12:05 Beberapa pegawai mula keluar bagi menunaikan Sembahyang Jumaat dan makan



14:50 Penyokong DS Nizar mula berkumpul di Istana Kehakiman



14:55 Terdapat lebih kurang 500 orang Penyokong DS Nizar di perkarangan makamah


14:55 Orang awam tidak di benarkan masuk ke lobi makamah


14:56 Hanya pemberita dan wartawan yang terhad sahaja di benarkan masuk ke dalam lobi


14:57 Terdapat lebih ramai pegawai serta anggota polis berbanding semalam

15:07 Suasana di sini bertukar daripada tenang ke riuh rendah

15:13 Penyokong-penyokong DS Nizar makin bertambah

15:14 Orang ramai mula membincangkan tentang keputusan yang bakal di bacakan oleh panel hakim

15:18 Terdapat Ramai petugas-petugas media asing yang berada disini

15:25 Peguam Sulaiman Abdullah telah masuk ke dewan mahkamah

15:25 Cecil dan DPP Tun Majid Tun Hamzah dari pejabat Peguam Negara telah masuk ke mahkamah



15:30 Kelihatan Timbalan Menteri DI JPM T Murugaih masuk ke bilik bicara

15:34 Sessi akan bermula pada bila-bila masa

15:45 Penyokong semakin bertambah

15:46 Tidak kelihatan DS Nizar dan Zamry

15:48 Wartawatan-wartawan asing merungut kerana tidak di benarkan masuk

15:58 Nizar kalah

15:59 Kemenangan berpihak kepada Zamry

16:02 Kemenangan tak masuk akal

SIAPA MB PERAK DI UMUM ESOK



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan akan memutuskan esok berhubung rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Md Raus Shariff yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop akan membacakan keputusan itu pada pukul 3.30 petang esok.

Wednesday, 20 May 2009

Tindakan MPKK Mengarahkan Pasar Besar Ditutup Tidak Wajar




Kuala Kangsar MPKK telah menutup jalan utama laluan pasar besar bagi memasang khemah khemah untuk majlis persmian kompleks MPKK bermula tarikh 20hb Mei sehingga 24Hb mei .




Tindakan MPKK menutup laluan tersebut telah mendapat
bantahan daripada rakyat dan perniaga pasar besar tersebut aduan tersebut telah di terima di pejabat pusat khidmat masyarakat pas kawasan kuala kangsar


aduan yang di terima tersebut antaranya , majlis perbandaran tidak memberi notis arahan untuk menutup jalan tersebut , Dato YDP menggunakan kuasa persendirian memutuskan arahan tersebut tampa membuat rundingan mana mana pihak .
pasar minggu yang diadakan setiap hari jumaat juaga turut terganggu berikutan pasar minggu tersebut terletak kawasan letak kerita pasar besar .

maklumat yang kami terima pada 23 Hb mei ini pasar besar diarahkan tutup bagi melancarkan majis perasmian tersebut

pimpinan pas kawasan akan membuat pertemuan dengan dato YDP MPKK bagi mengemukakan aduan aduan yang di terima pihak pejabat pusat khidmat ,

Perbicaraan Nizar Sedang Di Bicarakan


Perbicaran telah dimulakan sejak pagi tadi diMahkamah Rayuan Putrajaya. Dato' Seri Hj Nizar hadir bersama isteri, turut hadir YB Zainuddin EXCO Kerajaan PR negeri Perak dan isteri.


Sebelah pagi tadi peguam Zambry telah selesai berhujjah, diikuti Peguam Negara yang turut mencelah.


Hujah mereka tidak ada yang baru, sama sebagaimana yang dihujjahkan di Mahkamah Tinggi.Mahkamah ditangguhkan atas permintaan Peguam Hj Nizar buat seketika bagi membolehkan semua yang beragama Islam Solat Zohor.


Perbicaraan akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Petang ini giliran peguam Hj Nizar berhujjah.Keputusan dijangka akan diketahui lewat petang ini ataupun pagi esok. Berdoalah mudah-mudahan kemenangan di pihak Hj Nizar dan rakyat.

Pembubaran DUN Perak Kian Hampir





Saya telah menemui Tengku Razaleigh Hamzah, Dr Chua Soi Lek dan Tan Sri Abu Talib awal minggu ini, seperti dipersetujui Presiden dan Dewan Harian PAS Pusat.


Perjumpaan seterusnya adalah bersama seorang pimpinan Gerakan. Dr. Chua telah menjelaskan sebahagian inti perbincangan kami dalam blognya.


Apa yang saya dapat tangkap ialah, dari segi prinsip, semua ketiga pimpinan yang saya temui, bersetuju, DUN Perak harus dibubarkan.

Dr. Chua memberikan saranan, pembubaran dilakukan melalui undi percaya di DUN terlebih dahulu, baik oleh BN atau PR, selepas siapa diputuskan menang sebagai MB yang sah pada 21 Mei ini. Itu adalah pandangan beliau.


Tetapi akhirnya, pembubaran adalah perkara pasti yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak, jika ingin dilihat bermaruah.Dr. Chua berjanji membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN malam selepas perjumpaan kami, Isnin lepas.


Saya difahamkan Dr. Chua benar-benar membangkitkannya dan pada keseluruhannya, parti komponen yang lain menuju pandangan pembubaran sebagai jalan survival politiik BN di Semenanjung. JIka tidak, penolakan terhadap BN akan berlaku di seluruh Semenanjung.


Pembubaran DUN Perak juga akan mengimbangkan langkah BN tidak meletakkan calon di Penanti. BN tidak gentar.


Buktinya, BN bertindak berani membubarkan DUN Perak sedikit masa lagi dan BN berani menghadapi pilihanraya di Perak dan dengan itu, tidak menyertai Penanti adalah atas sebab prinsip semata-mata.


Jika maklumat saya ini hendak dijadikan kenyataan, langkah pertama ialah Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan yang menyebelahi Zambry, Khamis ini.


BN sangat memerlukan keputusan itu untuk BN akan dilihat bertindak menasihati Sultan untuk pembubaran itu dan bukan PR.


Mereka juga mempunyai kelebihan sebagai care taker government sepanjang tempoh kempen.


Saya membuat tekaan, Khamis ini, Mahkamah Rayuan akan menyebelahi Zambry. Ini hanya tekaan saya.


Untuk membolehkan tekaan saya selanjutnya menjadi kenyataan.Pengunduran dari Penati hendaklah juga dibaca sebagai satu strategi membuat kejutan reverse iatu pilihanraya mengejut di Perak.


Terima kasih pada semua pimpinan BN yang membawa versi berbeza dalam pandangan politik mereka.


PR, pada pendapat saya, bersedia dengan pilihan ini kerana krisis Perak perlukan penyelesaian segera dan muktamad. Jika tidak, satu lagi institusi yang sebelumnya dilihat terhormat iaitu Istana, juga akan menghadapi kepudaran kepercayaan rakyat sama seperti hampir keseluruhan institusi di negara ini.


Bersedia!

Hashim Suboh tak tolak kemungkinan sertai pembangkang




Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau sedang memikirkan sama ada akan kekal dalam Umno atau menyertai pembangkang.


"Saya sedang menilai hala tuju politik saya, ke manakah arah politik saya."Tak kan saya hendak tunggu saya naik ke atas.


Apa yang berlaku ini sedang menjadi perhatian saya."Bukan soal saya menunggu tawaran, jika keadaan sudah tidak sesuai, mahu tunggu apa lagi" katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


Menurut Hashim, pemimpin pembangkang sudah banyak kali menghubunginya supaya menyertai parti mereka.Bagaimanapun, katanya, ketika ini beliau sedang melihat perkembangan terbaru dalam Umno sebelum membuat keputusan muktamad.


"Seboleh-bolehnya saya tidak mahu perkara yang telah dibina iaitu hubungan saya dengan menteri dan majlis tertinggi (MT) Umno rosak.'Tiada usaha rapat semula'"Tetapi saya tidak tolak sebarang kemungkinan (menyertai pembangkang)," katanya lagi.


Hashim berkata, pemimpin Umno yang kalah dalam pemilihan parti tahun lalu telah dipinggirkan."Saya juga jadi pariah walaupun rasanya saya tidak bersalah kepada Umno," katanya.


Beliau berkata, pemimpin yang menang dalam pemilihan parti tidak berusaha untuk merapatkan semula kepimpinan parti selepas berlakunya pertandingan jawatan utama peringkat bahagian di Perlis.


Hashim berkata, sebaliknya mereka bersikap "orang menang dapat semua dan orang kalah hilang semua"."Penyokong bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim dipinggir dan disisihkan.


"Menteri Besar Datuk Md Isa Sabu tidak memberi ruang kepada kumpulan Datuk Seri Shahidan."Isu Perlis ialah bukan sahaja melibatkan dua pemimpin utama itu tetapi juga membabitkan penyokong Datuk Seri Shahidan dan Datuk Md Isa," katanya.

Tuesday, 19 May 2009

HAJI NIZAR BERPELUANG MENGADAP TUANKU


YAB Dato' Seri Hj Nizar berpeluang mengadap Tuanku Raja Nazrin tengahari tadi di Istana Iskandariyyah selepas selesai Majlis Anugerah Pingat & Bintang. Demikian dinyatakan oleh Hj Nizar dalam taklimat ringkasnya di Mesyuarat Perhubungan PAS Perak tadi.

Dalam kesempatan yang singkat itu, digunakan oleh Hj Nizar bagi memohon maaf bagi pihak PR dan rakyat Perak sepanjang tiga bulan sebelum ini sekiranya apa sahaja insiden yang berlaku mengguris hati Tuanku.

Beliau juga bagi pihak PR mengucapkan takziah di atas kemangkatan Kekanda Tuanku Sultan Azlan Shah yang juga bapa saudara Raja Nazrin.

Kesempatan itu juga digunakan oleh Dato' Seri secara berterus terang dengan penuh berhimah memberi pandangan-pandangan terhadap senario dan kemelut politik di Perak. Dato' Seri merayu supaya Tuanku memberi penghormatan kepada rakyat untuk memilih semula kerajaan di negeri Perak, kerana melalui pembubaran DUN sahajalah kemelut ini akan berakhir.

Pakatan Rakyat akan menghormati pendirian dan keputusan rakyat yang samada memilih Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional. Dato' Seri juga memberi pandangan supaya tidak ada sidang DUN diadakan dalam tempoh terdekat selagi kemelut politik ini belum berakhir, beliau memberi gambaran insiden sidang DUN 7 Mei yang lalu dibimbangi akan berulang semula sekiranya sidang DUN diadakan juga, dan ianya akan hanya memalukan imej Tuanku dan negeri Perak.

Sebelum ini beliau juga memberi pandangan kepada Sahibus Samahah Dato' Seri Mufti Perak tentang kemelut politik di Perak, beliau merayu supaya Dato' Mufti turut memainkan peranan dengan membantu agar penyelesaian kemelut politik melalui pembubaran DUN.

Pertemuan singkat antara YAB Dato' Seri Hj Nizar dengan DYTM Raja Nazrin merupakan pertemuan yang cukup berharga walaupun pertemuan tidak rasmi. Mesej rakyat yang mahukan DUN dibubarkan telah disampaikan oleh Hj Nizar. Kini, semuanya terserah kepada Tuanku, mesej rakyat telahpun disampaikan oleh Dato' Seri Hj Nizar. Diharap rakyat terus solat Hajat dan bermunajat mudah-mudahan dilembutkan hati Tuanku bagi memperkenan DUN Perak dibubarkan.

Tiada amalan politik wang dalam Pas


SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa tidak ada amalan politik wang dalam Pas sebagaimana dakwaan Ketua Dewan Ulama parti itu, Datuk Mohamad Daud Iraqi pada 15 Mei lalu.

Menurutnya, maklum balas itu diperoleh hasil taklimat daripada Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Ketua Dewan Pas Pusat dan beberapa pimpinan pusat lain.

“Ini bererti kita mengumpulkan maklumat dari semua negeri berhubung dengan pendedahan politik wang itu dan kita mendapati ahli Pas serta pemimpin bebas dari perbuatan terbabit.

“Oleh sebab itu kita menafikan sekeras-kerasnya laporan media yang mengaitkan Pas dengan amalan rasuah serta politik wang,” katanya.

Abdul Hadi berkata, Pas kini dapat meneruskan peningkatan parti berasaskan Islam dengan melibatkan semua golongan masyarakat, ulama dan profesional termasuklah pemimpin masyarakat daripada pelbagai latar belakang.

“Kita mengambil sikap terbuka dengan menerima semua pihak tidak kira dari kalangan politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.

“Pas telah berjaya mendidik (mentarbiahkan) ahli-ahli parti dari atas sehingga ke akar umbi,” katanya. Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz tidak menolak kemungkinan berlaku pemberian sagu hati atau sogokan oleh calon kepada perwakilan pada kempen pemilihan menjelang Muktamar ke-52 parti itu Jun hadapan.
Bagaimanapun beliau amat sedih jika kegiatan tersebut melanda ahli-ahli Pas. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, ahli Pas serta kepimpinan perlu mendukung konsep kepimpinan ulama yang turut melibatkan dua kalangan iaitu ulama dan profesional.

“Kita semua telah berjaya memperkasakan Pas dengan konsep Islam dan kita akan berusaha memban-teras politik kotor,” katanya.

1,000 ahli Umno Kangar keluar parti?

Tindakan ahli-ahli Umno yang didakwa melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.

Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua Umno bahagian Kangar. Malaysiakini difahamkan seorang bekas pemimpin Umno bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR, bulan lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang pemimpin Umno bahagian tersebut yang tidak mahunya disebut, mengesahkan perkara itu berlaku tetapi berkata, tidak tahu apa puncanya.

Beliau juga mengesahkan kumpulan tersebut bertindak keluar Umno selepas selepas Dr Md Isa dilantik menerajui Umno Perlis, menggantikan bekas menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 24 April lalu.

"Mereka buat (keluar) secara terbuka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Ditanya sama ada bekas pemimpin Umno itu mempunyai masalah dengan Dr Md Isa, beliau berkata: "Saya tak tahu".

Shahidan dilantik MT"Tetapi setahu saya, bekas pemimpin Umno berkenaan, turut menghadiri perhimpunan agung Umno hujung Mac lalu," tambahnya.Ia, tambahnya, diikuti pula dengan penubuhan bahagian DAP di ketiga-tiga bahagian - Padang Besar, Kangar dan Arau - yang dirasmikan dua minggu yang lalu.

Kemelut politik Umno di Perlis tercetus selepas pilihanraya umum 2008 apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai menteri besar.Shahidan juga enggan melepaskan jawatan pengerusi Umno negeri kepada Dr Md Isa.

Bagaimanapun bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan pengerusi Umno negeri-negeri.Najib yang juga presiden Umno melantik Dr Isa Sabu mengetuai Umno Perlis.

Jawatan kosongDatuk Zahidi Zainul Abidin yang juga ketua Umno Padang Besar, dikekalkan sebagai timbalan pengerusi Umno negeri.

Manakala Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, pula dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Mengenai badan perhubungan Umno negeri, setakat ini, Dr Md Isa belum lagi mengisi kekosongan bagi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangannya.

Sebelum ini, Datuk Hashim Suboh yang merupakan penyokong kuat Shahidan memegang jawatan ketua penerangan Umno negeri."Kalau dulu ada juga orang lobi-melobi jawatan tersebut, tapi sekarang orang macam tak peduli," kata seorang pemimpin Umno negeri itu. "Sampai sekarang orang tertanya-tanya (siapa yang akan mengisi jawatan itu)," tambahnya.

Perlis mempunyai tiga bahagian meliputi 330 cawangan dengan sejumlah kira-kira 54,000 ahli.

BN cenderung bubar DUN Perak?

Abdul Aziz Mustafa
Kata sepakat dalam Barisan Nasional (BN) memutuskan bahawa walaupun keputusan mahkamah rayuan Khamis ini memihak kepada parti itu, Sultan Perak akan tetap dipohon membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu supaya pilihan raya semula dapat diadakan, laporkan Malaysian Insider semalam.

Monday, 18 May 2009

Tidak tanding di Penanti, Najib buat keputusan memalukan dirinya sendiri




Setelah berhempas pulas melalui pelbagai mesyuarat tertinggi parti bagi menentukan bertanding atau tidak dipenanti akhirnya Najib mengumumkan BN tidak akan meletakkan calonnya. Mulanya MT UMNO gagal buat keputusan, sesudah itu Biro Politik yang dipengerusikan Najib , baru kelmarin MT BN memutuskan tidak bertanding di Penanti.

1 MALAYSIA TIADAK DAPAT SAMBUTAN


Undian dalam web 1 malaysia tidak dapat sambutan rakyat dalam undian yang di buat web tersebut
Apakah pandangan anda terhadap web 1 malaysia
tidak suka 56.1 %
suka 43.9%

Sunday, 17 May 2009

Majoriti Rakyat Mahu Dun Perak Bubar

Media UMNO/BN Kata Najib Perlu Bubarkan DUN dan Pilihanraya Perlu Diadakan Di Perak!!

Dua hari lepas, DS Najib PM Satu Malaysia telah menobatkan dirinya sebagai PM Rakyat. Antara lain beliau mendefinisikan PM Rakyat sebagai PM yang dapat merasai denyut nadi rakyat dan mendengar suara rakyat. Dengan kata-kata lain, Najib berjanji untuk melaksanakan apa kehendak rakyat.



Antara topik popular yang dibincangkan rakyat kini tidak kira di kedai kopi, di warung teh tarik, di kopitiam, di ruang menunggu pesakit hospital, di rumah kenduri, di surau dan masjid malah ketika menziarahi mayat ialah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Rata-rata berkata: bubarkan DUN, kembalikan hak kepada rakyat memilih kerajaan yang sah.

Tapi tentu Najib PM Satu Malaysia dan barisan kabinetnya kata itu cakap tepi jalan, mana boleh pakai. O.k, kalau begitu, kita lihat pula cakap tidak tepi jalan, cakap dalam rumah, cakap yang sedikit boleh dipertanggung jawabkan. Kita lihat pula undian di dalam media kita mengenai isu yang sama. Tapi jangan ambil undian dari media alternatif, dari blog pro-PR. Kalau ambil dari situ, pasti keputusannya sudah boleh dibaca, sudah boleh diramal.

Jadi kita ambil undian dalam media pro-BN. Dan lihatlah keputusannya di sini:

Keputusan Undian SMS Dalam NTV7 (Edisi Bahasa Inggeris) Jam 8.00 Malam 14.5.2009

Pilihanraya baru diadakan di Perak bagi menyelesaikan kekalutan politik Perak

Ya: 99%
Tidak: 1%

Keputusan undian Berita Harian Online pada hari ini (16.5.2009)











Wajarkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubar bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan?


Ya 87.7%
Tidak 10.6%
Berkecuali 1.7%

Keputusan undian MStar Online pada hari ini (16.5.2009)Keputusan undian MStar Online pada hari ini (16.5.2009)






Siapakah yang layak menjadi Menteri Besar Perak?

Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir 34.2%
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin 65.8%

Najib sudah mengisytiharkan dia adalah PM Rakyat yang akan merasai denyut nadi rakyat dan mendengar suara hati rakyat.
Dan tinjauan pendapat di atas adalah salah satu dari suara hati rakyat.
Suara hati rakyat yang meminta DUN Perak dibubarkan.
Suara hati rakyat yang lebih meyakini Nizar dari Zambry sebagai Menteri Besar.
Apa lagi yang Najib tunggu?

Buktikan anda adalah PM Rakyat sebagaimana yang anda sendiri mengisytiharkannya!! Nasihatkan Sultan Perak untuk bubarkan DUN!!!! - pendikargunungkriang

Kemelut Perak :Husam Jumpa Ku Li




Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan parti komponen BN untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.Husam berkata, pertemuan itu atas kapasiti peribadi, bukan atas parti."Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti.

"Tapi kalau dia nak datang atas kapasiti parti, kena dapat mandat parti dia lah," katanya dalam satu sidang media di ibu negara, petang ini."Kita mesti bersama untuk menubuhkan satu barisan untuk mendesak pembubaran DUN Perak," katanya.Kemelut politik di Perak yang berlanjutan sejak Februari lalu, telah mendapat reaksi daripada beberapa pemimpin parti komponen Barisan Nasional antaranya dari MCA dan Gerakan yang mahukan DUN Perak dibubarkan.Tengku Razaleigh adalah antara pemimpin Umno yang mahukan pembubaran DUN Perak untuk menyelesaikan kemelut tersebut.Jumpa Ku Li petang iniLajnah Politik PAS, tambah Husam, bersetuju diadakan usaha menyatukan semua pihak yang mahukan pembubaran DUN Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri tersebut.Ditanya sama ada pemimpin Pakatan Rakyat yang lain telah dimaklumkan mengenai hasrat tersebut, Husam berkata:"Pemimpin Pakatan telah dimaklumkan. Tetapi masa perundingan itu berlaku, saya terpaksa pulang tergesa-gesa ke Kota Bharu, saya belum tahu apa maklumat dalam perbincangan tersebut."Tetapi saya rasa pada umumnya ia tidak ada halangan," katanya.Selain bekas presiden parti Semangat 46 itu, tambah Husam, beliau juga akan bertemu dengan Timbalan MCA, Dr Chua Soi Lek, dan pemimpin Gerakan yang turut mendesak agar DUN Perak dibubarkan.Husam telah menemui Tengku Razaleigh petang tadi, dan akan menemui Dr Chua esok atau pada hari IsninKetika ditemui di kediaman Tengku Razaleigh selepas pertemuan mereka, Husam yang juga exco Kelantan, menyifatannya sebagai "positif".Tengku Razaleigh dijangka mengeluarkan kenyataannya berhubung perkara tersebut, kata Husam. Malaysiakini.

Najib punca kemelut Perak!


Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak tidak boleh menafikan bahawa beliau merupakan punca kemelut politik di Perak kerana seluruh dunia telah melihat bagaimana beliau mengetPesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan sewaktu rampasan kuasa itu dilakukan, Najib merupakan Pengerusi Umno Perak yang mana pada waktu itu juga beliau masih Timbalan Perdana Menteri.
Ahmad dalam kenyataanya sebelum ini menegaskan kecamukan serta kemelut politik yang berlaku hari ini di Perak berpunca daripada tindakan Najib .
Bagaimanapun Najib dalam kenyataannya pada 15 Mei lalu menafikan beliau punca kemelut politik di Perak dan meminta rakyat tidak menyalahkan Sultan Perak kerana pelantikan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar mematuhi undang-undang.
"Krisis perlembagaan di Perak berpunca apabila Najib sendiri mengenepikan undang-undang. Jika betul beliau mengatakan Barisan Nasional berhak berkuasa di Perak dan mempunyai majoriti, sidang Dun harus diadakan dan perkara tersebut harus dibawa ke dewan dan adakan undi tidak percaya.
"Namun beliau menyembunyikan tiga orang Adun tersebut. Sebab itu saya mengatakan Najib seorang yang rakus dan tamak. Beliau tidak boleh menafikan penyebab krisis di Perak kerana berlaku pengambilan kuasa di Perak yang dipilih oleh rakyat,"tegasnya sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.
Jelas Ahmad, Najib cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan tiga orang Adun yang telah keluar daripada Pakatan Rakyat yang berstatus sebagai Adun Bebas adalah Adun BN.
"Apabila diadakan undi tidak percaya di dalam dewan nanti, kita boleh tunjukkan surat janji ketiga-tiga mereka yang menyokong kerajaan campuran tiga parti ini dan menyokong Dato' Seri Nizar sebagai Menteri Besar. Perjanjian ini secara bertulis. Dan sudah tentu ketiga-tiga mereka tidak berani mengangkat tangan menyokong pada pihak BN.
"Ini kerana jelas mereka akan mungkir janji kepada Sultan. Dan dengan sendiri mereka boleh dikaitkan menderhaka kepada Sultan. Jadi implikasinya banyak," katanya.
Sehubungan itu beliau tetap berpendirian Najib yang memulakan serta punca kemelut yang berlaku di negeri Perak itu. - mks. _ uai rampasan kuasa di Perak pada 5 Februari lalu.

Saturday, 16 May 2009

Bubar Dun Perak, Mahathir sindir BN



KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Tun Mahathir Mohamad dilihat memberi sindiran sinis kepada Barisan Nasional (BN) apabila beliau menyatakan parti tersebut tidak perlu adakan pilihan raya semula di Perak kerana beliau percaya BN akan kalah.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, mantan Perdana Menteri berkata demikian kerana beliau yakin itu hakikatnya.

Mungkin juga katanya, yang dihubungi Harakahdaily baru-baru ini, Tun Mahathir berasakan Umno terlalu takut untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.

"Ini kerana mereka yakin mereka tidak mungkin dapat mencapai kemenangan dan mereka sememangnya tahu 'mood' dan hati rakyat menolak BN minta Dun Perak dibubarkan," katanya.

Di Cyberjaya Khamis lalu, Tun Dr Mahathir di petik media menyarankan supaya BN mengemukakan undi tidak percaya terhadap Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dun Perak.

Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

Menurut Salahuddin, Tun Mahathir mungkin tidak sanggup meminta untuk dibubarkan Dun Perak tetapi isyarat yang beliau beri itu jelas yakni menjurus kepada penyelesaian yang terbaik iaitu pembubaran Dun.

Ini katanya, mungkin Tun Mahathir melihat kekusutan yang ada pada hari ini memerlukan keputusan yang perlu dibuat oleh rakyat Perak sendiri.

Zahid Hamidi Takut Menghadapi pilihan raya negeri Perak



BAGAN DATOH: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini berkata pilihan raya negeri Perak tidak perlu diadakan dan cara terbaik untuk menyelesaikan krisis politik ialah dengan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Walaupun kes (Menteri Besar Perak) sudah dibawa ke Mahkamah Rayuan tetapi rakyat pada keseluruhannya tidak mahu ada kekecohan politik di negeri Perak ini sekiranya pilihan raya diadakan," katanya di sini.


Thursday, 14 May 2009

Hubungan baik Raja Nazrin dengan MB Nizar


Gambar ini dirakam semasa DS. Nizar hadir dalam Majlis Peanugerahan Pingat Sempena Keputeraan DYYM Sultan Perak di Istana Iskandariah pagi kelmarin. Hadirin agak terkejut semasa diumumkan kehadiran YAB. MB Perak tiba-tiba, DS. Nizar dan Isteri memasuki Balai Rong Seri. Gambar ini jelas menjawab tohmahan selama ini hubungan DS. Nizar dengan istana kononnya tidak baik.



Sivakumar fail saman terhadap Ganesan


IPOH: V Sivakumar memfailkan notis injuksi di Mahkamah Tinggi di sini pagi ini terhadap Datuk R Ganesan supaya tidak menganggu dan menghalangnya daripada menjalankan tugas sebagai Speaker DUn Perak.

perintah injuksi itu difailkan oleh dua peguam Sivakumar, Leong Theok Keng dan Chan Kok Keong di pejabat pendaftar mahkamah jam 11.45 pagi tadi.

Dalam notis injuksi itu, Sivakumar meminta agar Ganesan yang dipilih wakil rakyat Barisan Nasional (BN) sebagai Speaker pada sidang 7 Mei lalu atau ejennya tidak boleh menghalangnya menjalankan tugas Speaker yang sah. Beliau juga menfailkan tuntutan atas kecederaan yang dialami serta dikurung pada sesi sidang berkenaan.

JIKA KUASA DITANGAN PR





"Saya melihat BN tidak mahu pembubaran DUN itu berlaku di bawah PR kerana tidak ada ‘kelebihan politik’ kepada BN sebab bila Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mendapat perkenan Sultan Perak untuk bubar DUN, sudah tentulah kerajaan sementaranya adalah PR.

- Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar

Benarkah BN tidak khuatir hadapi pilihan raya baru di Perak seperti kata Najib ?




Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak bimbang untuk menghadapi pilihan raya baru di negeri Perak jika diadakan.

Benarkah ini hakikat yang sebenarnya sedangkan masalah Penanti masih dalam keadaan samar walaupun untuk satu DUN inikan 59 DUN BN tidak gentar ?

Bagaimanapun kata Najib, keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) terserah kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Kalau benar itu hasrat Najib kita cadangkan dia melakukan sesuatu untuk mempercepat proses kea arah pembubaran DUN yang ditunggu oleh banyak pihak termasuk Ku Li, Suhakam dan banyak lagi.

Wednesday, 13 May 2009

DATO, SERI HJ NIZAR FAIL PERMOHONAN KETEPIKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN


Nizar fail permohonan ketepikan keputusan Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, memfailkan permohonan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah. Permohonan itu difailkan peguamnya pada jam 2.55 petang di Mahkamah Rayuan Putrajaya, hari ini.

PANDANGAN PEGUAM ZULKIFLI NORDIN TERHADAP KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN

Saya merasa dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.Saya tidak nafikan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana keputusan seseorang Hakim berhak untuk membuat rayuan.Namun undang-undang memperuntukkan dibawahAturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman".Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).Didalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.Jadi tidak timbul keadaan istimewa. Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak tidak ada MB sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.Keputusan itu sekadar menyatakan Zambry Kadir bukan Menteri Besar. Menguatkuasakan penghakiman tersebut bermakna beliau perlu mengosongkan pejabat dan rumah Menteri Besar.Sekiranya rayuan beliau dibenarkan pun ianya tidak membawa apa-apa kerugian kepada beliau. Pejabat dan rumah Menteri Besar tetap ada disitu. Jawatan Menteri Besar tetap ujud dalam negeri Pera. Gajinya pun boleh dibayar semula menggantikan bulan-bulan yang beliau tidak mendapat gaji beliau sebagai MB.Apa yang saya nampak keadaan istimewa itu hanyalah bagi BN kerana mereka kehilangan kerusi MB. Dan kehilangan kerusi MB bagi BN bukanlah keadaan istimewa saperti yang disyaratkan oleh undang-undang untuk memberikan perintah penggantungan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

Tuesday, 12 May 2009

ZAMBRY MENGINGKARI PERJANJIAN

DALAM KENYATAAN AKHABAR SINAR HARIAN Zamriy menyatakan beliau menerima dengan hati terbuka keputusan mahamah tinggi kuala lumpur yang mengistiharkan Dato seri nizar jamaluddin sebagai Menteri Besar yang Sah dan juga menyatakan akan mengemas barang barang dan mengosongkan pejabat secepat munkin , pemuda pas kawasan kuala kangsar akan membuat laporan polis berikutan laporan berita tegahari ini di TV3 jam 1.30 petang tadi yang melaporkan bahawa YB Dato Zambry ke pejabat Menteri Besar dan mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri perak .
kehadiran zambry kepejabat menteri besar dan mempengerusikan mesyuarat exco adalah tidak sah dan salah dari segi undang undang , ini adalah kerana mahkamah tinggi telah membuat keputusan bahawa YAB dato nizar jamaluddin adalah menteri besar yang sah

takziah

Takziah kepada DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah dan seluruh kaum kerabatnya di atas kembalinya kekanda Tuanku YM Raja Baharom jam 10.45 pagi. Semuga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt. YAB Dato' Seri Hj Nizar akan menziarahi jenazahnya dan akan turut mengerjakan solat jenazah sebentar lagi

PAS curiga keputusan Mahkamah Rayuan

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam dikhuatiri dipengaruhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN).
Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi menegaskan, PAS sentiasa menghormati keputusan mahkamah namun dalam masa yang sama juga khuatir keputusan tersebut dipengaruhi pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.
Mahfuz menegaskan keputusan Mahkamah Rayuan itu dibimbangi diputuskan bagi membolehkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dibubarkan di bawah pemerintahan BN.
"Kita melihat keputusan ini dibuat bagi membolehkan Zambry kembali menjadi Menteri Besar dan seterusnya mereka akan memohon untuk dibubarkan Dun.
"Jika Dun dibubarkan, BN akan menjadi kerajaan sementara dalam tempoh tersebut dan inilah yang dimahukan oleh mereka supaya sebarang keputusan atau peruntukan dapat dikawal oleh mereka," tegas Mahfuz.
Beliau juga menegaskan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan itu tidak menyelesaikan kemelut di Perak sebaliknya menambahkan kerumitan dan kebuntuan serta keresahan rakyat Perak.
Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Ramly Mohd Ali tegas Mahfuz sepatutnya mempertimbangkan situasi persekitaran dan tidak hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang semata-mata.
"Hakim sepatutnya mengambil kira keresahan rakyat Perak yang mengharapkan penyelesaian total dapat segera dilaksanakan," tegas beliau.
Justeru, PAS tegas Mahfuz mendesak jika pembubaran Dun dilakukan dalam tmpoh terdekat, kerajaan sementara yang mentadbir Perak dalam tempoh tersebut hendaklah diwakili oleh Pakatan Rakyat dan BN.
Hari ini Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.
Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.
Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.
Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengah hari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.
Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.
Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.
Hakim Dato' Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam.
Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun.
Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan Kerajaan Pusat. - mns_

NAJIB MINTA RAKYAT BERTENANG

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat Perak supaya bertenang dan tidak terlalu teruja dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah.Kah kah kah kah kah... ni nak habaq dekat Bijan... yang sebenarnya rakyat Perak dok tengah cool sekarang ni... tak de apa-apa kecoh, tak de masalah... semuanya dalam keadaan terkawal.Negeri Perak tenang...Rakyat Perak nak minta Najib supaya bertenang... tenang Najib... Tenang... jangan dok gelabah... malam ni boleh kalau Najib rasa tak tenang, boleh mengopek... Bik Mama kan ada...Kah kah kah kah kah ... !!!


SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI. CAKAP BOHONG LAMA LAMA JADI MACAM HEE

SIAKAP SENOHONG GELAMA IKAN DURI. CAKAP BOHONG JADI MACAM HEE.Gambar membuktikan katak ni dah pandai menipu...memang dasar lidah biawak.

Monday, 11 May 2009

TIMBALAN PERDANA MENTERI MELUDAH MUKA SENDIRI

Dalam kenyataan berita 1.30 tadi timbalan perdana menteri mengatakan beliau merasakan kerisis diperak semakin meruncing berikutan kemenangan Dato seri nizar jamaluddin , dan belau juga merasakan jika kerisi ini berlaurutan kebajikan dan pengurusan pentadbiran negeri perak tidak dapat dijalankan dengan baik ,
apa yang saya ingin nyatakan disini umpama timbalan perdana menteri meludah buka sendiri kerisis diperak berlaku bermula daripada barisan nasional BN dan perancangan jahat ini dirancang oleh ketuanya sediri perdana menteri hajib atantuya yang telah merosakkan demokrasi di perak , sebelum kerajaan BN merampas kerjaan pakatan rakyat , kerajaan pakatan rakyat telah merancang segala prgram ataupun aktiviti kebajikan dengan baik , selepas pekatan dirampas Oleh barisan nasional BN kerajaan haram yang di perintah zamry almagkori perak menjadi huru hara ,

DATO, SERI HJ NIZAR TERUS MENJALANKAN TUGAS

YAB Dato' Seri Hj Nizar terus menjalankan tugasnya dengan menghadirinya Majlis Penganugerahan Pingat dan Bintang oleh Raja Muda Perak di Istana Iskandariyyah bersama isteri. Majlis berlangsung jam 9.00 pagi.Petang ini jam 2.30 ptg Dato' Seri Hj Nizar akan bermesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan bagi membincangkan perkara-perkara penting.

YAB DATO,SERI UTUS SURAT MOHON MENGADAP

YAB Dato' Seri Hj Nizar telahpun mengutus surat kepada Tuanku bagi memohon mengadap dalam masa terdekat. Tujuan mengadap adalah untuk menyembah maklum keputusan Mahkamah Tinggi semalam dan juga mohon perkenan supaya DUN dibubarkan.Surat tersebut telah dihantar dengan tangan di Pejabat Istana Kinta, Ipoh oleh En. Amran Harun, Pegawai Khas MB. Dalam masa yang sama Dato' Seri akan menyembah maklum permohonan mengadapnya itu secara lisan di kesempatan bersama Raja Muda Perak di Istana Iskandariyyah Bk. Chandan.

SEAKAN JANGKA KEMENANGAN NIZAR


Seakan dijangka , ketidak hadiran Datuk Zamri alMangkori ke mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai petunjuk kemenangan DS Nizar sebagai Menteri Besar Perak. Petunjuk keputusan itu juga diambil kira dari kenyataan Najib yang menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.

Dalam ceramah di Meru 2B semalam DS Nizar seakan yakin keputusan mahkamah akan memihak kepadanya. Beliau juga menceritakan tentang kisah di DUN Perak dan Bisikan Rahsia Raja Muda Perak Dr Nazrin Shah. Katanya Raja Muda menyatakan bahawa DS Nizar ada potensi aebagai pemimpin. Apa yang paling menarik ialah Raja Muda haanya berbual dengan beliau walupun Zamri turut bersama mengiringi baginda.

Datuk Setiausaha Kerajaan Perak yang menghalang DS Nizar menaiki lif bersama Raja Muda seakan kera sumbang apabila beliau tidak dapat bersama baginda. Paling menarik SS bertanya DS Nizar tentang BISIKAN RHSIA baginda. memang muka tak malu!

Ds Nizar juga menceritakan beliau bertemu Datuk Mufti dan meminta belai menasihatkan Sultan membubarkan dewan setelah melihat dengan mata kepalanya sendiri apa yang terjadi. Apapun, DS Mufti memberi pengakuannya sejauh mana pengakuannya tidaklah diketahui..bagi saya tetap meyakini Mufti akan menunaikan pengakuannya kepada DS NIzar...takkanlah mufti nak mungkir pengakuannya.... beliau memang tahu hadis tanda menufiq.... kecuali beliau rela menjadi MUNAFIQ

Ucapan Tahniah daripada Pengarah Unit Amal Pusat

saya mengucapkan tahniah kepada unit amal perak di atas kesungguhan , keberanian unit amal perak khusus dalam mempertahankan kerajaan pekatan rakyat , dan menjaga dato Seri NIZAR dan speakar dalam khadmat masyarakat ,
berkat keiklasan , kesabaran unit amal semua dato seri menteri besar nizar berhak dalam jawatannya
moga unit amal semuanya adalah wira di sisi allah

Kemenangan Dato Seri Nizar

harapan kepada penyokog pas bersediap sedia dan berdoa mudamudah kemenangan dato seri nizar dapat memberi perubahan besar kepada pakatan rakyat di perak ,
dahulunya pakatan rakyat yang sah bersidand di bawah pokok , dan kemunkinan BN haram diperak dibawah kepimpinan zambry menteri besar haram akan bersidang dibawah pokok

TERKINI : Pesanan Musyidul Am PAS

KOTA BHARU : YAB Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia sebentar tadi sebagaimana di maklumkan melalui talipon oleh sdr. Mat Ali semasa dihubungi sebentar tadi. Beliau bersama Tok Guru semasa pengumuman kemenangan Nizar di umumkan.

Kata Tok Guru :

" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"

Selain itu dimaklumkan setelah Tuan Guru menerima berita itu beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.

Hj.Nizar - Menteri Besar Perak yang sah

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah...

Keputusan Dato Seri Nizar Jamaluddin Di Mahkamah Hari Ini


Terkini, Hakim juga memutuskan Zambry dan 6 exco haram mesti mengosongkan segera pejabat mereka di SUK dan hakim juga menolak permintaan peguam Zambry untuk menangguhkan penghakiman. Hj.Nizar akan mengadap Sultan Perak.

Saturday, 9 May 2009

Uthaya diberi sambutan seorang he



Pemimpin Hindraf, P Uthayakumar pulang ke rumah ibunya di kampung halamannya di Rasah, Seremban lewat malam tadi dan diberi sambutan seorang hero oleh para penyokongnya.

uthayakumar released from isa detention seremban event 090509 05Peguam berusia 47 tahun itu, sebelum ini enggan menandatangani dokumen syarat pembebasannya dan bertolak pulang dari Kamunting ke Seremban - perjalanan selama enam jam - dalam konvoi 100 buah kereta dan motosikal.

Dan salah satu syarat pembebasannya ialah tidak boleh menapak kakinya di Seremban.

Dalam perjalanan pulang itu, Uthayakumar berhenti di beberapa tempat - antaranya Rawang, Sungai Buloh dan plaza tol Labu - untuk bertemu para penyokongnya yang datang untuk menyambut kepulangannya.

Beliau tiba di plaza tol Labu, Negeri Sembilan pada kira-kira 9.15 malam dan kemudiannya, setibanya di rumah, Uthayakumar terus memeluk erat ibunya.

Uthayakumar kemudiannya makan kari daging kambing - makanan kegemarannya yang tidak dapat dinikmatikan selama 18 bulan ditahan di bawah ISA di Kem Tahanan Kamunting.

uthayakumar released from isa detention seremban event 090509 08Uthayakumar berkata, beliau enggan menandatangani syarat-syarat pembebasan tersebut kerana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Saya tidak menandatangani syarat-syarat tersebut, dan satu daripadanya ialah saya tidak boleh pulang ke Seremban," katanya.

Uthayakumar juga berkata beliau akan berihat selama dua hari dan akan putuskan bila akan berlepas ke London untuk menemui adiknya, Waythamoorthy - pengerusi Hindraf yang telah diharamkan.

SUKANEKA PASTI KAWASAN KUALA KANGSAR


SUKANEKA PASTI KALI KE 26 PADA 9 MEI 2009 YANG SELAMAT DIRASMIKAN OLEH YANG DIPERTUA PAS KAWASAN KUALA KANGSAR DENGAN JAYANYA SEKALI....


ANTARA ACARA DIPERTANDINGKAN


PERBARISAN DAN KAWAD KAKI...


ISI AIR DALAM BOTOL...


JUNJUNG PUNDI KACANG...


BOLA SEPAK...


ACARA LARIAN BEKAS PELAJAR PASTI...


JOHAN..


KESEMUA PESERTA TETAP MENERIMA HADIAH SAGUHATI


JOHAN ACARA KAPAL TERBANG KERTAS KATEGORI IBU BAPA


PASTI PENERAJU PENDIDIKAN UMMAH